dailyvideo

Faridah Jabbar Seru Usahanita Serta Bengkel Transformasi Ekonomi Bumiputera

KUALA LUMPUR: Menyedari betapa pentingnya Usahanita terus bergerak maju dan mendalami ilmu perniagaan, Presiden Usahanita malaysia, Pn Hjh Faridah Jabbar menyerus supaya ahli Usahanita seluruh negara menyertai Bengkel Transformasi Ekonomi Bumiputera.

Menurut Faridah, Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU, MITI akan mengadakan Bengkel Transformasi Ekonomi Bumiputera pada 27 November 2010 bertempat di Menara Matrade, Jalan Duta. Kuala Lumpur.



Bengkel ini menyusuli perancangan yang dibuat Kerajaan, bermula dengan pelancaran MBE, diikuti pelancaran RMK-10, kemudiannya Pelan Transformasi Ekonomi menerusi perlaksanaan NKEA, dan akhirnya Belanjawan Tahunan, bermula dengan Bajet 20...11.Pelan Tindakan Awal ini merupakan usaha merumuskan aktiviti bisnes yang mampu dan sesuai dilaksanakan oleh BCIC (Bumiputera Commercial & Industrial Community), menerusi pelbagai NGO gabungan MPM.

Pelan Tindakan Awal ini dilaksanakan dalam 3 Fasa:
* Fasa I: Bengkel ‘Transformasi Ekonomi Bumiputera.
Bengkel ini cuba memberikan senario sebenar cabaran BCIC dalam suasana sosio-politik semasa & mencadang strategi yang wajar diambil secara collective bagi memperkasakan agenda ekonomi Bumiputera melalui pemantapan semula agenda BCIC dengan acuan yang dibentuk atas inisiatif BCIC sendiri.

* Fasa II: Bengkel Lanjutan oleh setiap Economic Clusters yang dibentuk.
Bengkel sehari Fasa I dengan masa berbengkel hanya 2 jam tidak memadai bagi menghasilkan satu resolusi yang mantap. Justeru, Kumpulan Bengkel bagi setiap Kluster Ekonomi digalakkan atas inisiatif kumpulan masingmasing, mengendalikan Bengkel Lanjutan, untuk menghasilkan resolusi yang lebih mantap. Jika itu perlu, ia wajar dilaksanakan dengan kadar segera.

* Fasa III: Pemantapan Resolusi yang dihasilkan oleh setiap Kumpulan
Bengkel berdasarkan Kluster Ekonomi yang akan diperhalusi oleh Pasukan Petugas Ekonomi & Bisnes MPM yang diketuai oleh Tan Sri Kamal Salih. Selepas ianya diperhalusi dan dimantapkan, MPM akan menyerah setiap Resolusi itu kepada MTAB untuk tindakan. Usaha ini akan melibatkan Pasukan Petugas dan Ketua Kumpulan setiap Kluster Ekonomi.

FORMAT & ATURCARA

Format & Aturcara Bengkel ‘Transformasi Ekonomi Bumiputera’:

* 8.00 pagi: Pendaftaran

* 9.00 pagi: Sesi I
o Taklimat Bengkel (Dr Hasan Mad)
o Overview: ‘Model Baru Ekonomi, ETP & Agenda Bumiputera:
Applikasi Model Ekonomi Islam’ (Tan Sri Dr Kamal Salih)
o Taklimat Kluster Ekonomi: ’The Bumi Cluster Approach to BCIC2’ (Datuk Dr Hamzah Kassim)

* 10.30 pagi: Minum Kopi
* 11.00 pagi: Sesi II

o Taklimat MTAB: Fungsi & Peranan (Unit Perancang Ekonomi, JPM)
o Peluang Bisnes Usahawan Bumiputera Dalam Bajet 2011 (Pengarah Bajet MOF)
o ‘Menterjemah Agenda Bumiputera: Melangkah Ke Era Negara Maju,Bumiputera Meneraju’ (Dato Halipah Esa)

* 12.30 tengahari: Makan Tengahari
* 2.00 petang: Sesi Bengkel

o Bengkel Peserta + Pakar Rujuk Berbengkel Dalam 16 Kumpulan, berdasarkan Kluster Ekonomi + Makanan, Pertanian dan Perhutanan - NASH / KFC Holdings + Indusri Halal - KOMITA + Industri Pembinaan - PKPP / PKMM / PKWM / Johawaki + Pemborong & Peruncitan - The RIGHTS / USAHANITA / PDB + ICT, Telekomunikasi & Industri Kreatif - NEF / MPIH & KT / PRUVENT / MDC + Kewangan - PRIBUMI / GABEM / YaPEM + Pendidikan & Latihan - YPBN / MUAFAKAT / UNITAR + Healthcare - As-Siddiq / KPJ + Bio Industri & Green Tech - Biotech Corp / TPM Biotech + Tourism & Leisure - BUMITRA + Energy, Oil & Gas - Aquasis / Benchmark+ Automotif, Aviasi & Industri Marin - PEKEMA / Proton / Perodua / UMW + Elektikal & Elektronik - + Kraftangan - USAHANITA /Lembaga Kraftangan + Real Estate, Infrastruktur & Perumahan - SPNB / UEM /Protasco + Business Service - Alumni UITM / PERDANA / WENA

o Pakar Rujuk Utama menjadi Fasilitator bagi permudah pengendalian Kumpulan Bengkel mengikut Kluster Ekonomi
* 4.00 petang: Rumusan & Penutup
Panelist: * Tan Sri Dr Kamal Saih * Dato Abd Ghafar Musa * Wakil Moderator
* 5.00 petang: Minum Teh

PAKAR RUJUK 1. Pakar Rujuk Utama MPM:
* Tan Sri Dr Kamal Salih * Dato Halipah Esa
* Dato Dr Hamzah Kasim * Dato Mohd Salleh Majid

2. Subject-matter Specialists (SME). Beberapa SME dikalangan Industrialists akan dijemput sekurang-kurangnya seorang bagi setiap Kluster Ekonomi semasa sesi Bengkel dan Bengkel Lanjutan.

3. Pakar Rujuk Kementerian & Agensi. Beberapa Pegawai Kanan (Melayu) mewakili pelbagai Kementerian dan Agensi akan dijemput, sekurang-kurangnya seorang bagi setiap Kluster Ekonomi, semasa sesi Bengkel dan Bengkel Lanjutan.

Akan ada diantara Pakar Rujuk dalam kategori (2) dan (3) di atas yang akan dilantik menjadi Moderator semasa Bengkel dan seterusnya membantu Pasukan Petugas Ekonomi MPM meneruskan usaha pemantapan Resolusi sebelum dikemukakan kepada MTAB.

RESOLUSI BENGKEL 
Setiap Kumpulan Bengkel berasaskan Economic Clusters yang dibentuk bertanggung-jawab menyediakan Resolusi terbaik untuk kumpulan mereka kerana itulah yang akan mereka persembahkan kepada MTAB. Resolusi itu wajar melambangkan kemampuan mereka menguasai Kluster Ekonomi itu. Justeru, hasil kerja setiap Kumpulan Bengkel mestilah ‘creative, innovative, effective & doable’. * Nama Penuh * Alamat Surat Menyurat * Nombor Telefon * Alamat Email * Kluster pilihan

HARAP HUBUNGI SEGERA DR HASSAN MAD - SETIAUSAHA AGUNG MPM - 016-3629393 

brought to you by

Follow our BNSOKMO BLOG  BNSOKMO FACEBOOK   BNSOKMO TWITTER

Posted by Unknown on 4:43 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Faridah Jabbar Seru Usahanita Serta Bengkel Transformasi Ekonomi Bumiputera

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery