dailyvideo

Pemuda Umno Kuala Terengganu Anjur Solat Hajat Perdana Doakan Pelajar

KUALA TERENGGANU: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu menganjurkan PROGRAM ‘SOLAT HAJAT PERDANA UNTUK PELAJAR SPM/STPM 2010’ bertempat di Masjid Ladang, Kuala Terengganu hari ini.

Menurut Ketuanya, Saudara Badrol Hisyam, program ini diadakan kerana Pemuda Umno menyedari bahawa, pelajar adalah suatu aset penting kepada Negara.



Kerana itu apa juga usaha perlu dilakukan dengan sebaiknya hari ini untuk menjamin kesinambungan kemakmuran negara di masa yang akan datang.

Mereka perlu didekati dan pendekatan itu perlu berstrategik supaya mereka diberi ruang dan peluang dalam proses perkembangan dan pertumbuhan mereka mejadi modal insan kelas pertama negara.

Pemuda mengambil pendekatan awal membabitkan diri bersama mereka untuk membutikan kepada generasi muda hari ini bahawa Umno adalah parti untuk rakyat dan akan sentiasa bersama rakyat walau dalam apa juga suasana.

Selain daripada itu, menurut Badrol lagi, Program anjuran bersama KELAB BELIA GENERASI PRIHATIN KUALA TERENGGANU akan memotivasikan lagi pelajar untuk lebih berdedikasi dalam persediaan menghadapi peperiksaan penting ini.

Mengakhiri perbualan ringkas bersama BNS, Sdr Badrol menyifatkan program ini telah berjaya untuk menzahirkan aspirasi slogan 1 Malaysia slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Beliau juga menyeru masyarakat membuktikan cakna mereka kepada belia dengan sama-sama berdoa untuk kejayaan golongan pelajar mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.- BN sOKmo

Posted by Unknown on 10:03 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Pemuda Umno Kuala Terengganu Anjur Solat Hajat Perdana Doakan Pelajar

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery