YB Alias menyambut kedatangan hakim ADC peringkat kebangsaan ke Kampung Alor LImbat, Marang. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.
Oleh : SURIATI BINTI ALI
Semangat kerjasama,hidup bermuafakat dan saling membantu tanpa mengira aktiviti atau program merupakan kunci utama Kampung Alor Limbat berjaya menyertai Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) peringkat kebangsaan 2010.
Memiliki taman hutan seluas 1.8 hektar, unit pembersih kampung, jambatan gantung antara keistimewaan yang melayakkan kampung itu memenangi anugerah sama peringkat negeri pada tahun lalu sebelum terpilih ke peringkat seterusnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri, YB Haji Alias Abdullah, berkata pihaknya bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada warga Alor Limbat kerana berjaya membawa imej kampung dan negeri di peringkat antarabangsa.
Penghakiman sedang berjalan bagi memastikan Kampung Alor Limbat berjaya menyertai Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) peringkat kebangsaan 2010.
“Kejayaan ini bukan saja mampu mengangkat martabat malah menonjolkan kelebihan yang ada dan mencari pengalaman untuk terus cemerlang di peringkat lebih tinggi,” katanya ketika berucap di Majlis Penghakiman ADC peringkat kebangsaan 2010, di kampung itu, Marang, hari ini (30 Jun).
Turut hadir Pegawai Daerah Marang, Tuan Haji A.Rahman Che Ali, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Haji Mat Samat Ali dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri.
Mercu tanda Kampung Alor LImbat.
Katanya, semangat kerjasama, saling bergotong-royong yang dizahirkan penduduk kampung bukan semata-mata untuk menyertai sesuatu pertandingan malah setiap hari untuk keselasaan dan kecerian kampung.
Keindahan Kampung Alor LImbat tidak boleh dinafikan lagi.
Unit Komunikasi Negeri
Oleh : ESAH BINTI ABDULLAH
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said mengumumkan pertukaran lima portfolio Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu yang akan berkuatkuasa 1 Julai 2010.
Pertukaran portfolio berkenaan membabitkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri yang akan disandang oleh YB Datuk Za’abar Mohd Adib, menggantikan YB Yahya Khatib Mohamad.
Manakala tempat YB Datuk Za’abar diisi oleh YB Datuk Abdul Rahin Mohd Said yang menyandang Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani diambil alih YB Asha’ari Idris dan YB Rozi Mamat pula ke Portfolio Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri menggantikan Datuk Abdul Rahin.
YB Yahya Khatib Mohamad pula berpindah ke Portfolio Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri menggantikan tempat YB Asha’ari Idris.
Dato’ Ahmad berkata pertukaran ini bertujuan memantapkan lagi jentera eksekutif dalam pentadbiran kerajaan negeri dan tiada sebarang pengguguran exco sedia ada.
“Pertukaran ini juga merupakan proses biasa yang berterusan kepada barisan exco kerajaan negeri di samping dapat memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada mereka,” katanya.
Dato’ Ahmad melahirkan keyakinan, penyusunan semula barisan Exco ini dapat memain peranan yang lebih berkesan dalam usaha kerajaan negeri untuk Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.
Unit Komunikasi Negeri
Oleh : Zulkipli bin CW. Putera
Oleh: Muhaini Muhammad & Wan Haironniza Wan Naim Seramai 555 orang pelajar telah menerima e-Book dan 3726 orang pelajar telah menerima bantuan pakaian sekolah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, Hulu Terengganu. Majlis yang telah disempurnakan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said ini dihadiri sama oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan berkenaan, Dato’ Rosol Wahid. Pelajar sekolah bersama ibu bapa menunggu giliran untuk mendapatkan e-Book. Berucap di majlis yang diadakan baru-baru ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Diman, Dato’ Ahmad berkata, sebanyak 25 peratus perbelanjaan negeri telah dikhususkan untuk bidang pendidikan sahaja.
“Ini selaras dengan matlamat kerajaan untuk memartabatkan pendidikan dan kecemerlangan anak-anak Terengganu dalam pelajaran,” katanya.
Apa yang dibincangkan oleh Menteri Besar dan ahli DUN Ajil sehingga membuatkan kedua-dua mereka ketawa besar.
Katanya, pelbagai inisiatif dilakukan kerajaan bagi memastikan pencapaian cemerlang pelajar-pelajar negeri ini mengatasi negeri-negeri lain termasuk dalam beberapa peperiksaan awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Beliau berharap dengan penyerahan e-Book kepada para pelajar sekolah rendah ini ia akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar kerana selain kandungan buku teks, ia (e-Book) juga mengandungi bank soalan, sehingga 300 ribu soalan dapat diakses oleh pelajar.
Menteri Besar, Dato' Ahmad Said bersama YB Dato' Rosol Wahid. YB Rozi Mamat dan Tengku Putera Tengku Awang menyampaikan e-Book kepada pelajar sekolah dalam kawasan DUN Ajil, Hulu Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Diman. - Gambar oleh Mastura Jamal Din (Pembantu UKOM Parlimen Hulu Terengganu)
Pelajar ditemani ibu bapa mendapatkan e-Book yang disampaikan Menteri Besar Terengganu.
“Apa yang kerajaan negeri jalankan di bidang pendidikan serta ilmu pengetahuan ini adalah selaras dengan hasrat untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri Anjung Ilmu,” jelasnya.
Dato' Ahmad bersama Dato' Rosol bersalaman dengan ibu bapa sebaik tiba di SMK Bukit Diman, Ajil untuk program pengagihan e-Book dalam DUN Ajil.