MILAN -- Dolce & Gabbana atau D & G merupakan antara jenama besar dan ternama dalam dunia fashion global. D&G merintis idea baru dalam arena penggayaan dengan koleksi hijab khusus untuk pasaran muslim. Warna hitam dan nud menjadi pilihan asas Dolce & Gabbana dalam menampilkan rekaan yang sederhana tetapi elegen.
Koleksi busana Muslim pertama milik rumah fashion yang berbasis di Milan, Italia, ini dirilis secara online melalui situs Style.com/Arabia pada Ahad (3/1) lalu. D & G menampilkan 14 fitur koleksi busana yang keseluruhannya bernuansa e. Warna-warna cenderung gelap ini menunjukkan karakter yang sesuai dengan selera wanita-wanita Timur Tengah.
Keterbiasaannya sebelum ini, koleksi Dolce & Gabbana lebih menumpukan kepada koleksi mewah dan ekslusif. Namun kali ini, Dolce dan Gabbana menawarkan gaya baru fashion Muslim yang bersederhana tetapi elegan.
Motif bunga berwarna cerah seperti kuning, merah dan putih menambah anggun ciptaan Dolce & Gabbana terutamanya bila dipadankan dengan aksesoris tambahan seperti kacamata dan bag tangan dengan warna-warna kontras. Sementara itu elemen kesederhanaan nampak jelas dari potongan lurus dan longgarnya designnya.
Sebagai perancang, Gabbana sendiri mengaku terpikat dengan keunikan budaya Muslim Timur Tengah. Kecintaannya terhadap Timur Tengah dapat dilihat dari koleksi-koleksi terkini busana muslim keluran Dolce & Gabbana
Selepas kejayaan H&M membuka gedung busana berasal Sweden, serta gedung pakaian Uniqlo menawan pasaran Muslim, Dolce & Gabbana kini mengambik langkah berani memperlebar pasaran ke penlanggan Muslim.
Sebelumnya, Tommy Hilfiger dan DKNY juga telah melancarkan koleksi khususnya untuk bulan suci Ramadhan dan Syawal. Sementara itu, pengeluar busana popular Filipina, Monique Lhuiller, merancang koleksi kaftan khusus untuk Moda Operandi. Tak ketinggalan, retailer mewah Net-a-Porter bergaya koleksi bertema 'The Ramadan Edit'.
"Secara global, trend membeli Muslim banyak disumbangkan oleh anak-anak muda serta bonus pertumbuhan demografi," kata penulis buku Muslim Fashion: Contemporary Style Cultures sekaligus selaku profesor dalam bidang kajian budaya di London College, Reina Lewis, seperti disiarkan dalam au.lifestyle.yahoo.com, Rabu (6/1). "Hal ini menjadikan Muslim sebagai target market utama dan terpenting dalam apa-apa juga perniagaan.
Kenyataan ini disokong oleh satu laporan terkumpul yang dilakukan oleh Thomson Reuters dari 2014 hingga 2015, daya beli Muslim terhadap pakaian dan alas kaki tercatat sangat tinggi dan akan terus mengalami peningkatan mencapai 484 M USD pada 2019. "Pasaran untuk komoditi dan perbankan yang berteraskan Islam juga sudah mula diyakini dan berkembang pantas," tambah Lewis lagi.
Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah mengkritik kesemua perdana
menteri Malaysia dari Allahyarham Tunku Abdul Rahman sehinggalah Najib
Razak, kecuali dirinya sendiri.
Mahathir juga telah mengkritik pemimpin dunia yang lain termasuk PM
Britain, Tony Blair dan sudah tentu George W Bush, presiden Amerika
Syarikat yang ke-43
Setakat ini tiada yang berani bersuara terhadapnya.Ini tidaklah
menghairankan memandangkan hanya seorang dua daripada PM- PM ini masih
hidup termasuk Najib sendiri.
Bagi pemimpin antarabangsa, sebahagian besar daripada mereka tidak mahu
mempedulikan Mahathir, dan ini hanya menambah kemarahannya, tetapi
tiadaapa yang boleh dia lakukan terhadap mereka. Walau bagaimanapun, dia
boleh menjadikan hidup penggantinya sukardan dia telah berjaya
melakukan ini.
Setelah Mahathir bersara pada tahun 2003, selepas 22 tahun menjadi PM,
ada yang mula bercakap tentang legasinya yang ‘hebat’ dan dia dikenali
pula sebagai Bapa Pemodenan Malaysia.
Kira-kira 9 tahun selepas dia bersara, kepincangan dalam perancangan dan
dasar ekonomi, sosial dan politik mula mendatangkan malapetaka besar
pada negara lebih teruk daripada tsunami 2006 yang melanda sebahagian
besar Asia Selatan.
Pada usia 86 tahun, Mahathir kini dihina oleh kebanyakan rakyat
Malaysia, dan dipersalahkan kerana rasuah besar-besaran yang boleh
membankrapkan negara jika tiada tindakan pemulihan ekonomi yang diambil,
dan untuk jurang antara kaum yang begitu ketara di kalangan pelbagai
kumpulan etnik di negara ini.
DEB
Lihat sahaja Dasar Ekonomi Baru, yang merupakan idea pembuat dasar pada
tahun 1960-an yang telah disalahgunakannya secara maksimum.
Penyalahgunaan ini sahaja cukup untuk memastikan bahawa dia akan kekal
sebagai ‘Penjahat terulung di Malaysia’ dan bukannya sebagai tokoh
terbilang sepertimana yang difikirannya.
Bagi rakan-rakan yang masih mengingati tujuan utama NEP termasuk bekas
Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah, dia berkata pada minggu lepas
bahawa DEB tidak pernah bertujuan untuk mencipta atau digunakan untuk
melahirkan golongan kelas kapitalis Melayu, tetapi untuk menangani
kemiskinan dan meningkatkan tahap penyertaan Melayu ke dalam ekonomi.
Ia tidak pernah bertujuan untuk seperti yang berlaku sekarang
disalahgunakan oleh kerajaan hari ini untuk memilih kumpulan usahawan
Melayu yang mereka mahu, memberikan mereka projek kerajaan yang mendapat
diskaun hebat dan kemudian mengharapkan mereka untuk maju dan
mewujudkan peluang ekonomi yang banyak bagi membantu meningkatkan
keupayaan ekonomi masyarakat.
Ini adalah kesilapan Mahathir yang pertama dan utama. Tetapi adakah ia
benar-benar satu kesilapan? Mereka yang ragu-ragu dan para pengkritik
menyatakan kekayaan yang diperolehinya untuk kroni dan proksi melalui
skim menjana wang berselindung di sebalik DEB, dan penswastaan aset
kerajaan yang menguntungkan usahawan Melayu yang dipilih, seperti bekas
pengerusi MAS Tajudin Ramli.
Tidak mampu untuk menguruskan‘kejayaan segera ‘ atau tekanan perniagaan
berisiko tinggi, ramai yang terjebak dalam hutang semasa krisis kewangan
Asia pada tahun 1998.Tajudin dan juga rakannya seperti HalimSaad telah
menjadi orang yang terbuang berbanding zaman kegemilangan mereka. Mereka
kerugian sejumlah besar wang dan memerlukan jaminan kerajaan bagi
jumlah yang banyak pula.
Untuk kroni sahaja tapi yang lain tiada
Kesilapan kedua Mahathir adalah kebodohannya.sebahagian besar kekayaan
negara berada dalam tangan beberapa orang yang tertentu sahaja di
Malaysia. Kali ini ia termasuk jutawan bukan Melayu seperti Vincent Tan,
Robert Kuok dan Ananda Krishnan. Tan baru sahaja mengumumkan
persaraannya.
Kuok kerana tidak berpuas hati dengan hubungan kaum yang parah di negara
ini telah memilih untuk tinggal di Hong Kong, manakala Ananda
dikehendaki oleh pihak berkuasa India kerana didakwa telah merasuah
pemberi lesen telekom untuk membeli Aircel.
Pengumpulan kekayaan dalam tangan beberapa individu pasti meninggalkan
orang Melayu dan rakyat Malaysia yang biasa dengan hanya sedikit untuk
berkongsi bersama. Inilah yang menjadi pertikaian panas kerana
melibatkan ketidakadilan sosial dan ekonomi.
Bukan sahaja tiada wang yang mencukupi untuk biasiswa, pendidikan,
kesihatan, pekerjaan dan kebajikan bagi semua, orang Melayu yang telah
berulang kali diberitahu oleh pihak UMNO pimpinan Mahathir bahawa mereka
akan mendapat keutamaan, telah hilang mata pencarian.
Melayu kini membentuk 96% daripada golongan 40% termiskin dengan
pendapatan terendah dalam negara.Bagi orang bukan Melayu, sudah tentu
mereka lebih teruk merasakan kesannya.Ramai yang telah dipaksa untuk ke
luar negara untuk bekerja dan belajar. Sememangnya peluang pendidikan
dan pekerjaan amat sedikit bagi orang bukan Melayu di negara ini.
Sekali lagi, kumpulan yang paling mendapat manfaat adalah golongan elit
dalam parti Umno, keluarga dan kroni-kroni mereka. Jadi Mahathir –
walaupun dengan pujian melambung bagi dirinya sendiri sebenarnya buta.
Wang jauh lebih penting padanya walaupun sukar untuk dia akui.
Mempercayai orang yang salah
Kesilapan ketiga Mahathir adalah memilih orang yang salah bagi
kerja-kerja yang salah.Beliau juga mempercayai orang yang salah.Semua
jutawan Melayu yang beliau dipilih tidak mempunyai kepandaian perniagaan
sebenar tetapi hanyalah pembantu yang dipercayai bekas Menteri Kewangan
DaimZainuddin.
Itulah mengapa orang seperti Tajuddin, Halim, Rashid Husein RHB Bank,
Mohd Noor Mutalib dan Abdul Rahman Maidin (MRCB) berakhir dengan
kegagalan.Ada diantara mereka telah diseret ke mahkamah untuk
menyelesaikan hutang.
Hanya Daim Zainudin yang kekal kaya. Ramai daripada anak didiknya
berakhir dengan hutang bank yang menimbun danpelbagai perniagaan yang
bertujuan untuk dipindahkan ke dalam Umno Baru.Entah bagaimana, legenda
Umno ini berjaya menyelamatkan dirinya sendiri sahaja.Ini jelas
mengecewakan Mahathir.Pada mulanya dia mahu ‘menipu’
rakyat,tetapiakhirnya dia sendiri yang tertipu!
Membiasakan budaya berhutang bagi Malaysia
Mahathir tidak menjangka bahawa hutang negara semakin tinggi seperti
hari ini, ianya telah meningkat kepada lebih RM450 bilion. Walaupun
beberapa kali ‘mengemis’ ke Singapura dan Brunei, dia telah ditolak
dengan baik.
Akhirnya, dia meminjam dari luar negara dengan mengeluarkan bon dan
‘mencuri’ setiap sen dari Petronas dan syarikat-syarikat berkaitan
kerajaan yang lain untuk membiayai projek-projek mega.
Sepanjang pemerintahannya selama 22 tahun, Mahathir tidak pernah
menyimpan walaupun sedikit wang untuk Malaysia untuk kecemasan.Dan ini
adalah kesilapan keempatnya.
Kurang memahami prinsip ekonomi
Mahathir hanya seorang doktor biasa; pengamal umum yang tiada kepakaran
khusus. Pemahamannya tentang ekonomi lebih kurang sahaja sepertimana
rakyat Malaysiayang lain. Ideanya dalam meningkatkan ekuiti orang Melayu
begitu mudah –dengan menggunakan GLC.
Wawasan Mahathir dalam menjalankan perniagaan adalah melalui kawalan
saham dalam sebanyak syarikat yang mungkin tanpa mempertimbangkan
kemungkinan kerugian wang. Dukacitanya,, perniagaan di alam realitijuga
melibatkan kerugian, bukan hanya keuntungan.
Dasar ekonomi Mahathir tiada asas yang kukuh dan tidak pernah diuji di
mana-mana negara sebelum ini. Ia berdasarkan pendapat dan pandangannya
sahaja.Jika ini terbukti baik atau berkesan, banyak negara akan segera
melaksanakan idea ini berabad yang lalu.
Sistem ekonomi kapitalis dan juga komunis juga menghadapi keruntuhan
ekonomi dan iaadalah sesuatu yang biasa pada hari ini, kerana ia adalah
sebahagian daripada kitaran turun naik ekonomi buatan manusia.
Beberapa ahli ekonomi malah menggesa negara-negara untuk kembali kepada
mata wang berasaskan emas, sistem monetari kaedahkuno yang mantap.Jadi
bolehkah ini dibandingkan dengan konsep ekonomi keanak-anakan Mahathir?
Oleh itu, kesilapan kelima Mahathir adalah pemahamannya yang salah
terhadap ekonomi.Ianya membawa kepada kontroversi tambatan ringgit
daripada dolar AS dan penutupan semalaman dagangan pasaran saham CLOB
pada tahun 1998 – dua peristiwa dimana pelabur-pelabur masih belum
memaafkan Malaysia dan juga Mahathir.
Sindrom diktator
Ego dan sikap tidak sedarkan diri untuk menjadi diktator Mahathir adalah
kesilapan keenamnya.Dia meminda perlembagaan untuk melemahkan Agong dan
Sultan dan memastikan bahawa badan-badan perundangan dan penguatkuasa
taat kepadanya. Dia memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dan
menutup kedua-dua belah mata apabila hakim secara terbuka boleh dibeli
oleh orang-orang yang berpengaruh.
Ia telah menyukarkan rakyat Malaysia dan pelabur untuk mempercayai
sepenuhnya sistem kehakiman negara. Ini adalah kenapa Umno-BN kehilangan
integriti dan kepercayaan orang terhadap mereka dalam gabungan itu.
Rakyat Malaysia akan sentiasa mencurigai apa sahaja yang dilakukan oleh
Umno BN walaupun ia mungkin sebenarnya berniat baik.
Polisi perkauman
Untuk mengelakkan kehancuran dasar dan salah laku daripada terdedah,
Mahathir terpaksa menggunakan politik perkauman yang menjadi
kegemarannya.Dia terpaksa meyakinkan orang Melayu bahawa apa yang telah
dilakukannya adalah perlu untuk kepentingan mereka.
Dia menyimpan habuan yang besar untuk dirinya dan memberi cebisan kecil
untuk meyakinkan orang Melayu bahawa persengketaan terhadap kaum-kaum
lain adalah benar.
Orang bukan Melayu perlu disekat. Oleh itu, peruntukan bajet untuk
rancangan seperti BTN atau Biro Tata Negara di mana graduan Melayu dan
penjawat awam secara terbuka dipupuk untuk menjadi curiga terhadap
kaum-kaum lain.
Tetapi tidak semua orang Melayu terpengaruh.Ajaran itu menyalahi Islam
dan juga terhadap nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Kaum Melayu berada
dalam keadaan keliru, manakala orang bukan Melayu sama sekali
diketepikan. Sikap perkauman adalah kesilapan nombor 7 Mahathir.
Korupsi
Jika Mahathir dan Umno telah berjaya membuat Malaysia mencapai status
negara maju menjelang tahun 2020, mengapa rekod menunjukkan begitu
banyak kesilapan serius sehingga kini?Tinggal hanya lapan tahun tapi
ekonomi negara masih berada dalam keadaan lemah dengan hutang negara
yang melambung tinggi, keharmonian kaum dan agama dalam keadaan
kucar-kacir, dan keadaan politik yang semakin teruk dimana Umno-BN
secara terbuka melancarkan keganasan untuk menghentikan pembangkang
daripada mengadakan perhimpunan.
Sistem pendidikan juga tidak mempunyai hala tuju, sistem kesihatan semakin teruk dan lebih mahal, dengan sistem 1Care yang telah ditolak bulat-bulat sebelum ianya cuba untuk dilaksanakan.Sistem undang-undang, dan keamanan masih dipersoalkan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah menjadi lebih berleluasa berbanding sebelum ini dalam kerajaan Umno-BN.
Daripada negara rancak menyediakan diri untuk merealisasikan wawasan 2020, Malaysia mungkin akan sebaliknya bankrap. Tidak memerangi rasuah, tetapi membiakkannya pula adalah kesilapan nombor 8 Mahathir.
Mencampuri urus tadbir negara
Majoriti orang Melayu adalah miskin dan masih memerlukan bantuan kerajaan walaupun setelah 55 tahun Umno “berjaya” (gagal) mentadbir. Orang bukan Melayu telah cukup bersabar dan memberi Umno peluang yang cukup. Mereka sudah menunggu sehingga generasi ketiga selepas kemerdekaan negara pada tahun 1957 dan mereka kini sudah jemu dengan
Umno BN.
Begitu juga dengan orang Melayu.Mereka yang tidak mendapat manfaat secara terus daripada harta kekayaan Umno, dan ini merupakan majoriti daripada mereka, juga sudah semakin bosan.Ramai mula mengundi pembangkang dan adalah dijangka lebih ramai yang akan berbuat demikian.
Apabila Mahathir menyedari bahawa keadaan semakin parah, dia menyerahkan baton kepada Abdullah Badawi pula, dengan tanggapan bahawa dia masih
boleh mengawal perjalanan kerajaan menerusi ‘kawalan jauh’.
Tetapi apabila ianya tidak berjalan seperti apa yang dia mahu, Mahathir terpaksa menyingkirkan Badawi dan menggantikannya pula dengan Najib. Badawi tidak berkaliber dan bukanlah dalam kapasiti untuk memimpin Malaysia tetapi apa kurangnya Najib?
Selama ini, daripada memberikan bantuan, Mahathir terus mencampuri urusan negara.Mengganggu urusan pentadbiran negara dan tidak membenarkan pemimpin-pemimpin menyelesaikan masalah bersesuaian dengan era masa kini adalah kesilapan ke-9Mahathir.
Mendatangkan masalah dalam Umno dan menaikkan Mukriz
Namun, Mahathir berdegil dan enggan menerima atau mengakui kesilapannya.Daimerupakan seorang lelaki yang enggan berdepan dengan realiti. Dia tidak berminat dalam hal kebajikan rakyat Malaysia sama sekali, bagi orang Melayu mahupun Umno.
Dia hanya mahu menyelamatkan maruahnya dan memastikan anaknya Mukhriz menjadi perdana menteri tanpa mengira apa-apa yang dia perlu lakukanbersama panglima UMNO untuk merealisasikan kemahuannya ini.
Kejam dan mementingkan diri sendiri sendiri, Mahathir akan melakukan apa sahajawalaupun dia terpaksa melakukan huru-hara semata-mata untuk memenuhi cita-cita itu. Dia boleh medaftar masuk semula ke dalam Umno untuk terus berkuasa. Bayangkan apa yang dia akan lakukan untuk mendapatkan kerusi Presiden Umno untuk Mukhriz.
Tetapi perbuatannya yang tidak berhenti dari mencampuri dan mendatangkan masalah pada Umno akan menjadi kesilapan yang kesepuluh dan terakhir
baginya.
Mahathir akan menjatuhkan Umno, dan dalam kejatuhan itu, UMNO berkemungkinan besar akan membawa Mahathir bersamanya.
Oleh: Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle
Dari
Waner Citer Gu sumber asal