dailyvideo

Malaysia Sambut Baik Pembebasan Aung San Suu Kyi

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Malaysia menyambut baik pembebasan pemimpin pro demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata Malaysia dan negara-negara Asean yang lain selama ini sentiasa mahukan beliau dibebaskan.

"Malaysia yakin bahawa pembebasan tanpa bersyarat Aung San Suu Kyi akan menyumbang kepada usaha Myanmar untuk melakukan proses penyatuan yang akan memberi laluan kepada kestabilan, keamanan dan kemakmuran dalam negara itu," kata Wisma Putra.

Ia berkata Malaysia berpendapat masyarakat antarabangsa perlu memberi bantuan dan pertolongan kepada Myanmar bagi menggalakkan Myanmar melaksanakan "Pelan ke arah Demokrasi".

Suu Kyi dibebaskan selepas tujuh tahun menjadi tahanan di rumahnya sendiri.

-- BERNAMA

Posted by Unknown on 6:39 AM. Filed under , , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Malaysia Sambut Baik Pembebasan Aung San Suu Kyi

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery