dailyvideo

Terengganu. Seindah Khabar Sehebat Rupa.


Kami rakyat Terengganu sentiasa membudayakan adat sehingga ianya terpelihara mekar dan ia menjadikan negeri Terengganu tersohor tanpa sempadan sudah berabad lamanya. Kalau tidak, masakan Sir Hugh Cliford melapurkan bahawa, reputasi penduduk Terengganu amat tersohor bukan sekadar pakar malah mempunyai ramai bilangan pekerja seni yang mahir di Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke 19.



Kehalusan kerja seni itu diwarisi dari Funan dalam zaman pra sejarah pada Zaman Kebudayaan Dongson. Malahan di zaman pemerintahan Melaka, tiada hasil kerja seni lain yang menjadi bualan hangat di mana-mana selain daripada kraftangan Terengganu. Kalau tidak kerana halus dan cantik juga, nyawa Tun Tuah juga dipertaruhkan untuk mendapatkan Tun Teja?

Sutera Terengganu tersohor sejak abad ke 17 lagi sehingga imejnya dikenali sebagai ‘Kalau dikembangkan se besar alam, dilipat se besar kuku. Tidak terlupa keunikan seni ukiran kayu Terengganuyang lembutnya tidak patah dan tajamnya tidak pula menikam. Tidak hairanlah Kerja-seni Terengganu sentiasa menjadi buruan dan dicemburui kawan dan lawan kerana memiliki nilai estatika dan kualiti yang amat tinggi. Tidak hairanlah Sir Hugh Cliford melabelkan Terengganu sebagai ‘Birmingham’ di Tanah Melayu ketika itu.

Inilah rahsia yang telah menaikkan imej kerja seni Terengganu menjadi “Seindah Khabar dan Sehebat Rupa”, sehinggakan ada yang sanggup alah membeli tetapi menang memakai. Seni dan budaya dijadikan sebagai penghubung Integriti. Iia bukan sekadar menyemarakkan kecintaan dan patriotisma rakyat terhadap negeri Terengganu malah ianya menjadi sumber untuk menjana pendapatan bagi mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan sosiopolitik.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Bin Said telah merasmikan Pavillion Terengganu di Ekspo MAHA2010 untuk anda menikmati dan menghayati pameran yang berkeperibadian dengan suara dan Minda 100% rakyat Terengganu.


Dato’ Seri Ahmad Said juga akan turun gelanggan menyinsing lengan menunjuk gagah dalam acara menumbuk emping. Inilah salah satu usaha berterusan bagaimana kita berusaha untuk membantu melindungi, memelihara, menyegar dan memperkembangkan budaya dengan cara, gaya mahu pun loghat kami sendiri.

Walau pun terkadang, kami sentiasa meletakkan “G” pada tempat sesetengah orang rasa ianya tidak sesuai, tetapi kami enjoy dan cukup terhibur dan menghiburkan. Ia bukan sekadar hiburan semata-mata tetapi kami pastikan ianya berfaedah dan menguntungkan.

Datanglah ke Pavillion Terengganu di Ekspo MAHA2010 dan selami suara dan minda budaya 100% rakyat Terengganu.

sertai perbincangan hangat di facebook

Posted by Unknown on 5:02 PM. Filed under , , , , , , , , , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Terengganu. Seindah Khabar Sehebat Rupa.

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery