dailyvideo

Majlis Perbandaran Dungun Cemerlang ,Kenapa Pas Bodoh Sangat?

Jika anda pernah ke Dungun 15 tahun yang lalu, tentu anda masih terbayang bagaimana keadaannya ketika itu. Dengan kemudahan yang serba-serbi berkurangan, ianya tidak ubah seperti “Pekan Koboi”. Dungun telah menjadi destinasi utama pendatang yang membawa pelbagai niat dan hasrat kerana lokasinya yang strategik. Kebanyakan orang Dungun pada suatu masa dahulu berasal dari Kepulauan Indonesia, malah Dungun dipercayai telah dibuka oleh pendatang dari Pagar Ruyung, Sumatera.



Perkara ini terbukti dengan terdapatnya kesamaan nama kampung-kampung di Dungun dan yang terdapat di Indonesia seperti Kampung Binjai, Kampung Bemban, Kampung Gombang dan sebagainya. Bandar Dungun bandar tersohor di zaman kegemilangan aktiviti perlombongan di Bukit Besi. Bukit Besi berkeluasan 1618 hektar terletak dalam Mukim Besul merupakan “Lombong Bijih Besi Terbuka” terbesar di Asia Tenggara antara tahun 1929 hingga 1960an. Selepas penutupan operasi “Lombong Bijih Besi Terbuka” pada 1 Oktober 1970, Dungun dianggap sebagai “Dead Town” kerana tiada apa-apa lagi. Imej Dungun sebagai “Pekan Koboi” memang jelas dirasakan. Pelabur-pelabur luar mula angkat kaki kerana bimbang akan menanggung kerugian.

Malahan Dungun menerima impak kemerosotan mendadak bilangan kehadiran pelancong luar ketika PAS memerintah Terengganu pada tahun 2004. Penyu-penyu yang berstatus pengunjung tetap memboikot dan tidak kembali lagi pantai landai Dungun untuk bertelur lantaran kecewa dengan sikap “Cakap Tak Serupa Bikin Pas”.Lantaran terlalu kecewa dan marah terhadap Pas Terengganu, dipercayai sekumpulan penyu intelek dan berwibawa telah menghantar signal dalam bentuk “Gelombang Biru” pada tahun 2009 dan sekali gus melumpuh dan menamatkan pemerintahan Kejam Pas di Terengganu.

Dungun disusun atur semula. Peneraju utama dan tulang belakang pembangunan ialah Dato' Rosli Mat Hassan yang sentiasa cakna terhadap semua aspek pembangunan di Dungun. Ramai yang tidak senang dengan ketegasan beliau dalam berkeputusan, namun kejayaan hasilnya dapat dilihat sekarang. Tanggungjawab menyelia dan menguruskan pembangunan Dungun dipikul sepenuhnya oleh Majlis Perbandaran Dungun dengan moto  “Perkhidmatannya MPD untuk kebaikan anda semua”.
Kini Dungun kembali membangun. Imej “Dungun pekan Koboi” telah Berjaya dikikis. Segala kemudahan prasarana dipertingkat dan lebih efisyen. Kemudahan Kesihatan, Keselamatan, Sukan, Keagamaan dan Pendidikan dipertingkat sesuai dengan Status Dungun sebagai Hub Pendidikan dan pelancungan utama Terengganu. Dungun memiliki dua Institusi pengajian tinggi (IPT) utama iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Pulau Tenggol merupakan “Syurga Snookeling Terbaik Dunia” berada diperairan Dungun.Pelaburan luar sudah mula mengetuk pintu Dungun kembali. Terbaru rangkaian makanan segera Mc Donalds berlabuh di Dungun. Tidakkah itu petanda positif? Tetapi bagi Pas itu adalah petanda negatif.

Dengan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak yang kononnya untuk menangani penyalahgunaan kuasa Majlis Perbandaran Dungun. Pas menggunakan platform NGO melakukan kerja-kerja bodoh dengan menghasut dan mengembangkan perasaan benci rakyat terhadap MPD yang telah berjaya mengubah persepsi dan realiti Dungun setaraf dengan bandar-bandar lain. Disiplin yang ketat serta komited terhadap tugas adalah rahsia Dungun dibangunkan kembali dengan lebih tersusun, bersih dan selesa. JK bertindak baru-baru ini telah melakukan satu lagi kerja-kerja bodoh menghantar memorandum kepada Majlis Perbandaran Dungun yang kononya MPD bersikap double standard dalam berkeputusan dan mementingkan orang luar.

Apa yang Pas mahu? Nak biarkan rakyat berniaga di mana-mana kaki lima, tepi-tepi jalan dan lorong? Apa yang pas tahu pasal pengurusan? Kalau Pas ada bukti MPD melakukan salah guna kuasa, kita kan ada BPR, report sahaja lah..Huh ha sana sini macam tong kosong tak ada guna…Nanti orang kata “Pas Ting Tong” karang marah…

Sumber maklumat Dungun Majlis Perbandaran Dungun
Foto Dungun from Azhar Apendi Muhamad
This note is also published in BN sOKmo Blogspot

Posted by Unknown on 8:15 AM. Filed under , , , , , , , , , , , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Majlis Perbandaran Dungun Cemerlang ,Kenapa Pas Bodoh Sangat?

Leave comment

Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery